Home Business Dayang Enterprise terima Arahan Kerja bagi Dayang Cempaka dari PCSB

Dayang Enterprise terima Arahan Kerja bagi Dayang Cempaka dari PCSB

0
Dayang Enterprise terima Arahan Kerja bagi Dayang Cempaka dari PCSB
Dayang Enterprise

KUALA LUMPUR (23 Mei) – Dayang Enterprise Holdings Bhd mengumumkan telah menerima satu Arahan Kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi penyediaan Landing Craft Tank (LCT) menerusi anak syarikat milik penuhnya, DESB Marine Services Sdn Bhd (DMSSB) .

Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan pada 22 Mei, kumpulan syarikat berkata nilai keseluruhan kontrak akan ditentukan berdasarkan pesanan kerja yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali sepanjang tempoh kontrak.

LCT milik syarikat iaitu Dayang Cempaka, akan disewa dengan tempoh anggaran selama 256 hari bermula hari ‘On Hire’ dengan pilihan lanjutan sehingga 60 hari

Ini merupakan Arahan Kerja ketiga yang diterima oleh kumpulan tersebut daripada Petronas Carigali tahun ini. Pada 9 April, syarikat itu telah memperoleh dua Arahan Kerja untuk penyediaan kapal kerja penginapan. Sebelum itu, pada 24 Mac, Dayang turut menerima tiga Arahan Kerja yang serupa.