Dayang Enterprise memperoleh 2 pesanan kerja untuk Accomodation Work Boat dari PCSB

0
188
Image Source: Dayang Enterprise

KUALA LUMPUR: Dayang Enterprise Holdings Bhd mengumumkan telah memperoleh dua (2) pesanan kerja atau ‘Work Order’ daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (“PCSB”) untuk penyediaan kapal kerja penginapan atau ‘Accomodation Work Boat’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan syarikat pada 9 Mac, syarikat memaklumkan pesanan kerja ini diberikan kepada anak syarikatnya, DESB Marine Services Sdn Bhd, dan melibatkan penggunaan dua kapal, iaitu Dayang Berlian dan Dayang Pertama. Dayang Berlian akan berkhidmat selama 975 hari, dengan pilihan lanjutan sehingga 890 hari, manakala Dayang Pertama akan berkhidmat selama 244 hari, dengan pilihan lanjutan sehingga 60 hari.

Nilai keseluruhan kontrak akan ditentukan berdasarkan pesanan kerja yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali sepanjang tempoh kontrak.

Pada 24 Mac lalu, Dayang Enterprise Holdings Bhd mengumumkan memperoleh tiga (3) pesanan kerja dari PCSB untuk ‘Accomodation Work Boat’ manakala pada 26 Mac, syarikat mengumumkan memperoleh dua (2) pesanan kerja bagi perkhidmatan yang sama, masing-masing satu (1) dari Hibiscus Oil Gas Malaysia Limited dan SEA Hibiscus Sdn. Bhd. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here