Kuala Lumpur (14 Mei): Keyfield International Berhad (KIB) mengumumkan menerima Arahan Kerja dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) melalui anak syarikatnya, Keyfield Offshore Sdn Bhd (KOSB).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 13 Mei, kumpulan syarikat memaklumkan Arahan Kerja tersebut adalah kerja menyediakan ‘Acoomodation Work Boat (AWB)’ untuk aktiviti offshore berdasarkan Kontrak Panel Kontraktor untuk perkhidmatan Kapal Sokongan Offshore.
Arahan Kerja tersebut adalah untuk tempoh 7 bulan dengan pilihan lanjutan selama 2 bulan, berkuatkuasa suku kedua 2025, tertakluk kepada hak PCSB sebagai ‘Charterer’ di bawah Arahan Kerja tersebut.
Keyfield Offshore Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, menawarkan perkhidmatan penyewaan kapal kerja penginapan (Accommodation Work Boat – AWB) bagi menyokong operasi luar pesisir, khususnya dalam industri minyak dan gas.