Petra Energy peroleh 4 kontrak Pan Malaysia Offshore Maintenance, Construction, Modification (MCM) dan Hook-up Commissioning (HUC)

0
428

KUALA LUMPUR (5 Januari): Petra Energy Berhad (“PEB”) mengumumkan memperoleh kontrak perkhidmatan Pan Malaysia bagi perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembinaan dan Pengubahsuaian (MCM) dan Penyambungan Pentauliahan (HUC).

Dalam dua kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan syarikat pada 3 Januari, syarikat memaklumkan kontrak-kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikatnya, Petra Resources
Sdn. Bhd. (“PRSB”) dari Petronas Carigali Sdn Bhd (“PCSB”), SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc. (“SapuraOMV”), JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Limited (“JX NIPPON”) dan ROC Oil (Sarawak) Sdn. Bhd. (“ROC Oil”).

Kontrak-kontrak berkenaan adalah bagi tempoh 5 tahun itu dengan pilihan lanjutan pertama selama tiga (3) tahun dan lanjutan kedua selama dua (2) tahun.

Kontrak bersama PCSB berkuatkuasa 27 September 2024, manakala bagi SapuraOMV pula berkuatkuasa 1 Januari 2025. Untuk JX Nippon dan Roc Oil, masing-masing berkuatkuasa 24 Oktober dan 28 Oktober 2024.