T7 Global terima kontrak Pan Malaysia dari PETRONAS Carigali

0
503

KUALA LUMPUR (13 Disember): T7 Global Berhad mengumumkan memperoleh kontrak perkhidmatan Pan Malaysia bagi perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembinaan dan Pengubahsuaian (MCM) dan Penyambungan Pentauliahan (HUC) dari PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan syarikat, syarikat memaklumkan kontrak Pakej C1 [Aset Semenanjung Malaysia (PMA)] tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd.

Kontrak berkenaan adalah bagi tempoh 5 tahun itu berkuatkuasa 27 September 2024 dengan pilihan lanjutan pertama selama tiga (3) tahun dan lanjutan kedua selama dua (2) tahun.

Kontrak yang diterima merupakan kontrak kelima yang diumum kumpulan T7 Global Berhad sejak November 2024. Sebelum ini, T7 Global Berhad mengumumkan menerima kontrak serupa dari syarikat pengeluar minyak dan gas lain yang beroperasi di Malaysia iaitu ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc., IPC Malaysia B.V, Jadestone Energy (Malaysia) Pte. Ltd. dan Petrofac (Malaysia-PM304) Limited.