T7 Global terima kontrak Pan Malaysia untuk MCM & HUC dari Petrofac

0
343

KUALA LUMPUR (5 Disember): T7 Global Berhad mengumumkan memperoleh kontrak perkhidmatan ‘Pan Malaysia Maintenance, Contruction & Modification (MCM) and Hook Up Commissioning (HUC)’ dari Petrofac (Malaysia-PM304) Limited.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan syarikat, syarikat memaklumkan kontrak Pakej B3 tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd.

Kontrak yang diperoleh daripada Petrofac ini berkuatkuasa 30 Oktober 2024 sehingga 22 September 2026.

Kontrak Pan Malaysia MCM dan HUC yang diterima kali ini menjadikan kontrak keempat yang diperoleh dan diumumkan sejak awal November. Sebelum ini, T7 Global Berhad mengumumkan menerima kontrak serupa dari syarikat pengeluar minyak dan gas lain yang beroperasi di Malaysia iaitu ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc., IPC Malaysia B.V, dan Jadestone Energy (Malaysia) Pte. Ltd.