KUALA LUMPUR (2 Dis): T7 Global Berhad mengumumkan memperoleh kontrak perkhidmatan Pan Malaysia maintenance, contruction & modification (MCM) and Hook Up Commissioning (HUC) dari Jadestone Energy (Malaysia) Pte. Ltd.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan syarikat, syarikat memaklumkan kontrak Pakej B3 tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd.
Kontrak berkenaan adalah bagi tempoh 5 tahun itu berkuatkuasa 17 Oktober 2024 sehingga 16 Oktober 2029 dengan pilihan lanjutan pertama selama tiga (3) tahun dan lanjutan kedua selama dua (2) tahun.
Pada Ogos 2021, Jadestone Energy mengambil alih syarikat SapuraOMV Upstream (PM) Inc (SapuraOMV PM), anak syarikat SapuraOMV Upstream Sdn Bhd (SapuraOMV) yang mempunyai kepentingan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran AAKBNLP, PM318, PM323 dan PM329(PSC). Syarikat itu adalah pengendali atau operator bagi blok PM323 dan PM329.