Dayang Enterprise terima dua kontrak MCM & HUC dari PCSB

0
452
Dayang Enterprise

14 NOV 2024: Dayang Enterprise Holdings Bhd mengumumkan memperoleh dua (2) kontrak perkhidmatan Pan Malaysia maintenance, contruction & modification (MCM) and Hook Up Commissioning (HUC) dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan syarikat pada 13 November, syarikat memaklumkan kontrak Pakej A3 Sarawak Asset (SKA Oil) dan Pakej A5: Sabah Asset (SBA Southern) tersebut diperoleh melaui anak syarikat milik penuhnya, Dayang Enterprise Sdn Bhd.

Kedua-dua kontrak berkenaan adalah bagi tempoh 5 tahun itu berkuatkuasa 27 September 2024 dengan pilihan lanjutan pertama 3 tahun dan pilihan lanjutan kedua untuk tempoh 2 tahun.

4 Nov lalu, Dayang Enterprise turut mengumumkan menerima kontrak perkhidmatan Pan Malaysia Maintenance, Contruction & Modification (MCM) and Hook Up Commissioning (HUC) dari Sarawak Shell Berhad/Sabah Shell Petroleum Co. bagi Pakej B4 untuk tempoh 5 tahun berkuatkuasa 14 Oktober 2024.