Syarikat usahama Carimin Engineering dan Evolusi Bersatu peroleh kontrak Pan Malaysia MCM & HUC dari KPOC

0
293
Source: Carimin

13 NOV 2024: Syarikat usahama Carimin Engineering Services Sdn Bhd (“CESSB”) dan Evolusi Bersatu Sdn Bhd (“EVOLUSI”) memperoleh kontrak perkhidmatan Pan Malaysia maintenance, contruction & modification (MCM) and Hook Up Commissioning (HUC) dari Kebabangan Petroleum Operating Co Sdn Bhd (KPOC).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Carimin Petroleum Bhd kepada Bursa Malaysia pada 12 Nov, syarikat memaklumkan kontrak pakej B9 tersebut diperoleh melalui sebuah syarikat usahama antara anak syarikat milik penuh kumpulan berkenaan, Carimin Engineering Services Sdn Bhd (“CESSB”) dan Evolusi Bersatu Sdn Bhd.

Kontrak selama 5 tahun itu berkuatkuasa 14 Oktober 2024 iaitu tarikh kontrak diterima sehingga 10 Oktober 2029 dengan KPOC mempunyai pilihan lanjutan kontrak pertama 3 tahun dan pilihan lanjutan kedua untuk tempoh 2 tahun.

Nov tahun lalu, CESSB mengumumkan menjalin usahama dengan EVOLUSI bagi membida kontrak Pan Malaysia MCM dan HUC.

Pada 4 Nov 2024, Carimin turut mengumumkan menerima kontrak perkhidmatan Pan Malaysia Maintenance, Construction, Modification (MCM) and Hook-Up & Commissioning (HUC) dari Sarawak Shell Berhad (“SSB”)/Sabah Shell Petroleum Company Limited (“SSPC”).

Kontrak yang diterima dari SSB/SSPC tersebut adalah bagi kerja-kerja opside Major Maintenance (TMM), Facilities Improvement Proposal (FIP), Hook-up & Commissioning (HUC) Brownfield/Greenfield, Riser Repair & Maintenance dan Pig Trap Maintenance yang meliputi semua fasiliti milik SSB/SSPC.