Uzma dilantik kontraktor panel bagi perkhidmatan Integrated Well Continuity untuk PAC

0
218
Image: Uzma

14 NOV: Uzma Bhd mengumumkan anak syarikat kumpulan, Uzma Engineering Sdn Bhd (“UESB”) dan Setegap Ventures Sdn Bhd (“SVP”) telah dilantik sebagai kontraktor panel dari PETROLIAM NASIONAL BERHAD (“PETRONAS”) bagi ‘Pan Malaysia Appointment of Panel Contractor for the Provision of Integrated Well Continuity Services for Intervention, Workover and Abandonment for the Petroleum Arrangement Contractors’.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 13 November, kumpulan syarikat berkata lantikan tersebut adalah bagi skop kerja berkaitan ‘Integrated Well Intervention’, ‘Integrated Workover for Production Enhancement and Abandonment’, dan ‘Hydraulic Workover Unit’.

Tempoh lantikan adalah selama 5 tahun bermula 10 Oktober 2024 sehingga 9 Oktober 2029.