KUALA LUMPUR (1 Julai): Velesto Energy Berhad harini mengumumkan memperoleh kontrak penggerudian dari PTTEP HK Offshore Limited dan PTTEP Sarawak Oil Limited untuk kempen penggerudian di Malaysia bagi tahun 2025-2026.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat berkata kontrak yang diperoleh menerusi anak syarikatnya; Velesto Drilling Sdn Bhd itu adalah bagi penggerudian 15 telaga bermula Jun 2025.
Sebelum ini, Velesto mengumumkan menerima kontrak bagi dua (2) rig jack up miliknya iaitu NAGA 4 dan NAGA 8, masing-masing bagi kerja-kerja penggerudian di Vietnam dan Indonesia.
NAGA 5 adalah jack up rig premium milik Velesto yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 400 kaki.