NAGA 5 peroleh kontrak daripada PTTEP

0
416
Source; Velesto Energy

KUALA LUMPUR (1 Julai): Velesto Energy Berhad harini mengumumkan memperoleh kontrak penggerudian dari PTTEP HK Offshore Limited dan PTTEP Sarawak Oil Limited untuk kempen penggerudian di Malaysia bagi tahun 2025-2026.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat berkata kontrak yang diperoleh menerusi anak syarikatnya; Velesto Drilling Sdn Bhd itu adalah bagi penggerudian 15 telaga bermula Jun 2025.

Sebelum ini, Velesto mengumumkan menerima kontrak bagi dua (2) rig jack up miliknya iaitu NAGA 4 dan NAGA 8, masing-masing bagi kerja-kerja penggerudian di Vietnam dan Indonesia.

Advertisement

NAGA 5 adalah jack up rig premium milik Velesto yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 400 kaki.

Previous articlePETRONAS Anugerahkan PSC Kluster Temaris kepada Seascape Energy Asia
Next articleSteel Hawk Peroleh Kontrak Scaffolding daripada EPOMS