KUALA LUMPUR (20 NOV): Reservoir Link Energy Berhad mengumumkan anak syarikat kumpulan, Reservoir Link Sdn Bhd (“RLSB”) telah dilantik sebagai kontraktor panel dari PETROLIAM NASIONAL BERHAD (“PETRONAS”) bagi kontrak ‘Pan Malaysia Appointment of Panel Contractor for the Provision of Integrated Well Continuity Services for Intervention, Workover and Abandonment for the Petroleum Arrangement Contractors (PAC)’.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan syarikat berkata lantikan tersebut adalah bagi skop kerja seperti berikut:
- Sub-Package A1 (Slickline Services) di bawah Package A (Integrated Well Intervention);
- Sub-Package A2 [Electric Wireline (Cased Hole) Services] di bawah Package A (Integrated Well Intervention);
- Sub-Package A4 [Wellhead Maintenance, Real-Time Integrity (RTI) Sensor and Well Leak Repair Services] di bawah Package A (Integrated Well Intervention);
- Sub-Package A6 (Perforation Services) di bawah Package A (Integrated Well Intervention);
- Sub-Package A8 [Integrated Well Intervention & Project Management Team (PMT) Services] di bawah Package A (Integrated Well Intervention);
- Sub-Package B1 [Perforate, Wash and Cement (PWC) Services] di bawah Package B (Integrated Workover for Production Enhancement and Abandonment);
- Sub-Package B2 (Fishing, Milling and Abandonment Equipment and Services) di bawah Package B (Integrated Workover for Production Enhancement and Abandonment); dan
- Sub-Package B3 [Integrated Workover for Production Enhancement and Abandonment & Project Management Team (PMT) Services] di bawah Package B (Integrated Workover for Production Enhancement and Abandonment).
Tempoh lantikan adalah selama 5 tahun bermula 10 Oktober 2024 sehingga 9 Oktober 2029.
Setiap PAC yang terlibat dalam kontrak Pan Malaysia tersebut masing-masing akan mengeluarkan surat lantikan kepada pihak RLSB sebagai panel kontraktor untuk perkhidmatan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui antara RLSB dan PAC.
Perolehan kerja-kerja tersebut akan dibuat oleh PAC berdasarkan keperluan yang ditetapkan melalui bidaan kecil atau ‘mini bidding’ dan nilai kerja akan ditentukan semasa proses bidaan kecil berkenaan.
PAC di atas merujuk kepada syarikat pengeluar minyak dan gas yang beroperasi di Malaysia seperti Petronas Carigali, Shell, ExxonMobil, PTTEP dan banyak lagi. Ketahui lagi PAC di Malaysia di sini.