Sapura Energy terima kontrak ‘Maintenance, Contruction & Modification (MCM)’ dan ‘Hook Up Commissioning (HUC)’ dari PCSB

0
398

KUALA LUMPUR (20 Nov): Sapura Energy mengumumkan memperoleh kontrak perkhidmatan Pan Malaysia maintenance, contruction & modification (MCM) and Hook Up Commissioning (HUC) dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan syarikat, syarikat memaklumkan kontrak Pakej C2 Sarawak Asset (SKA Oil) tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Sapura Fabrication Sdn Bhd.

Kedua-dua kontrak berkenaan adalah bagi tempoh 5 tahun itu diterima pada suku ke-3 2024 dan berkuatkuasa tarikh kontrak.

Skop kerja kontrak tersebut melibatkan tenaga kerja, peralatan, bahan-bahan serta perkhidmatan berkaitan Hook Up Commissioning bagi Brownfield dan Greenfield.

Terdahulu, Dayang Enterprise mengumumkan memperoleh kontrak Pakej A3 Sarawak Asset (SKA Oil) dan Pakej A5: Sabah Asset (SBA Southern) dari Petronas Carigali Sdn Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here