T7 Global terima kontrak MCM dari Carigali Hess

0
737

KUALA LUMPUR (7 Januari): T7 Global Berhad mengumumkan memperoleh kontrak bagi perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembinaan dan Pengubahsuaian (MCM) dari Carigali Hess
Operating Company Sdn. Bhd. (“CHOC”).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan syarikat pada 6 Januari, syarikat memaklumkan kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd.

Kontrak berkenaan adalah bagi tempoh tiga (3) tahun itu berkuatkuasa 15 Januari 2025 dengan pilihan lanjutan selama dua (2) tahun.

Advertisement

Previous articlePetra Energy peroleh 4 kontrak Pan Malaysia Offshore Maintenance, Construction, Modification (MCM) dan Hook-up Commissioning (HUC)
Next articleT7 Global terima kontrak Pan Malaysia dari HESS