MMHE peroleh kontrak EPC dari PTTEP

0
3
Image courtesy mhb.com.my

Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) mengumumkan telah memperoleh kontrak selama empat tahun daripada syarikat gergasi minyak dan gas Thailand, PTT Exploration and Production Public Company Ltd (PTTEP), terdiri daripada PTTEP Sarawak Oil Limited dan PTTEP HK Oil Ltd bagi kerja-kerja luar pesisir di Sarawak.

Kontrak tersebut, yang distrukturkan sebagai perjanjian harga, telah dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE). Skop kerja meliputi kejuruteraan, perolehan dan pembinaan bagi reka bentuk platform medan marginal (MFDP) yang melibatkan sehingga 11 kemudahan platform kepala telaga (WHP). Pembinaan platform ini bagi menyokong pembangunan dan pengkomersialan medan marginal dan sub-marginal yang dijumpai yang dipercepat.

Dalam makluman kepada bursa pada Selasa, kumpulan itu berkata fabrikasi platform berkenaan — masing-masing seberat kira-kira 1,500 hingga 2,000 tan — di limbungan mereka di Pasir Gudang, Johor. Setelah siap, kemudahan tersebut akan dipasang di luar pesisir Sarawak bagi menyokong pelan pembangunan medan PTTEP. Sehingga kini, pesanan kerja untuk empat (4) platform telah diterima oleh MMHE.

Advertisement

Nilai khusus kontrak tersebut tidak didedahkan dalam pemakluman berkenaan. Sebagai perjanjian harga, jumlah hasil sebenar berkemungkinan bergantung kepada bilangan pesanan kerja atau “call-out” yang dikeluarkan oleh PTTEP sepanjang tempoh empat tahun tersebut.

Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif MHB, Mohd Nazir Mohd Nor, berkata kontrak itu diperoleh melalui proses tender kompetitif dan mencerminkan kepakaran luar pesisir kumpulan yang melebihi lima dekad.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PTTEP atas kepercayaan mereka terhadap MHB. Projek ini bukan sahaja menandakan kerjasama langsung pertama antara kami, malah turut memperkukuh hubungan kukuh yang dibina atas komitmen bersama dalam menyampaikan penyelesaian luar pesisir berkualiti tinggi bagi menyokong pelan pembangunan mereka,” kata Nazir.

Previous articleVelesto peroleh kontrak penggerudian bagi Naga 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here