10 ‘Discovery’ Minyak dan Gas di Malaysia Sepanjang Tahun 2022

0
2080
Source: PTTEP

Sepanjang tahun 2022, PETRONAS bersama Petroleum Arrangement Contractors (PACs) telah membuat 10 penemuan atau ‘discoveries’ minyak dan gas baru di seluruh Malaysia. Ini berikutan peningkatan aktiviti penerokaan minyak dan gas yang dijalankan dalam negara.

Lapan (8) daripadanya ditemukan di luar pesisir Sarawak manakala satu (1) luar pesisir Sabah dan satu(1) luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Menutup tahun 2022, mari kita lihat senarai 10 ‘discoveries’ minyak dan gas di seluruh Malaysia

Sarawak

Penemuan yang terbesar bagi tahun 2022 dibuat oleh PETRONAS Carigali Sdn Bhd menerusi telaga Nahara-1 dalam blok SK306, offshore Sarawak. Blok SK306 terletak di perairan cetek di Balingian kira-kira 150 kilometer dari Bintulu, luar pantai Sarawak.

PCSB merupakan operator untuk blok tersebut dengan pegangan 100% dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran. Nahara-1 telah berjaya digerudi sehingga kedalaman keseluruhan 2,468 meter dan menemui hidrokarbon di jujukan sedimen Late Oligocene hingga Middle Miocene

  • Inai-1

Telaga Inai-1 digali di Blok MLNG yang terletak di Central Luconia, Sarawak. Kontrak Perkongsian Pengeluaran blok ini dipegang oleh Shell dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) dengan Shell sebagai Operator.

  • Temu-1

Telaga Temu-1 terletak di blok yang sama seperti telaga Inai-1 di atas.

Pada September 2022, Mubadala Energy umumkan menemui telaga gas baru di luar pesisir Sarawak, Malaysia. Penemuan tersebut melalui telaga penerokaan Cengkih-1 yang terletak di dalam blok SK320.

Telaga Cengkih-1 digali sehingga kedalaman 1680m pada Ogos 2022, menemui takungan gas dengan ketebalan 110m, sekaligus mengukuhkan lagi sumber gas dalam blok SK320 berkenaan.Cengkih-1 terletak berhampiran lapangan Pegaga, yang juga dalam blok yang sama, telah mula mengeluarkan gas pada awal 2022.

  • Gagau-1

ConocoPhilips telah melakukan penggalian ‘exploration’ di Blok WL4-00 yang berada di bahagian Western Luconia, offshore Sarawak. Syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat ini telah menemui gas melalui telaga Gagau-1 yang digali sekitar Julai 2022.

  • Salam-3

ConocoPhilips juga telah menjalankan penerokaan yang lain melalui Salam-3 di Blok WL4-00, blok yang sama seperti Gagau-1, dan penemuan ini mengesahkan lagi keberadaan minyak dan gas di blok ‘fault’ yang bersebelahan. ConocoPhilips sebagai operator blok WL4-00 mempunyai 50 peratus pegangan manakala selebihnya dimiliki PETRONAS Carigali Sdn Bhd

  • Benum-2

Telaga Benum-2 juga berada Blok WL4-00, sama seperti Gagau-1 dan Salam-3. Seperti Salam-3, penemuan di Benum-2 mengesahkan lagi akan keberadaan minyak dan gas di blok ‘fault’ yang bersebelahan.

Pada Disember 2022, PTTEP mengumumkan menjumpai medan gas baru melalui penggalian di telaga Paprika-1 yang terletak di Blok SK410B, offshore Sarawak. Sebelum ini, PTTEP dan rakan kongsinya; KUFPEC dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd telah membuat penemuan dalam blok yang sama melalui telaga Lang Lebah.

Paprika-1 merupakan telaga penerokaan pertama PTTEP di Malaysia untuk tahun 2022 dan berjaya disempurnakan dengan penemuan ‘sweet gas’. Penemuan ini membolehkan penilaian lebih lanjut dijalankan bagi membangunkan Lapangan SK401B. Selain itu, penemuan ini juga membuka peluang bagi PTTEP untuk membangunkan Northern Sarawak Clastic Hub secara strategik.

SK410B terletak di perairan cetek, kira-kita 90km luar pesisir Miri, Sarawak dan bersebelahan Blok SK417 yang juga terdapat penemuan gas pada tahun lepas melalui telaga Dokong-1.

Sabah

  • Tepat-2

Di kawasan ultra-deepwater Sabah, TotalEnergies melakukan ‘exploration’ menerusi telaga Tepat-2 dan hasilnya, mereka menemui minyak dan gas di Blok N yang terletak dalam linkungan Sabah Trough, sekaligus menguatkan lagi penemuan Tepat-1 yang dibuat pada 2018.

Semenanjung Malaysia

  • Bergading Deep-4

Hess menemukan takungan gas baru melalui telaga Bergading Deep-4 ini di Blok PM302 yang terletak dalam North Malay Basin. Syarikat pengeluar minyak dan gas yang beribu pejabat di Amerika Syarikat ini merupakan operator blok tersebut dengan pemilikan 50 peratus manakala baki 50 peratus dimiliki oleh PETRONAS Carigali Sdn Bhd

Menurut PETRONAS, sejumlah 16 telaga ‘exploration’ telah digali sepanjang tahun 2022 dengan lagi dua (2) telaga sedang digali, dimana jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding tahun 2021. Dengan 10 penemuan baru di atas, ini menjadikan peratus kejayaan ‘exploration’ pada tahun ini kepada 60 peratus.

Bagi tahun 2023 pula, PETRONAS MPM menyasarkan Petroleum Arrangement Contactors (PACs) di Malaysia akan menggali sehingga 30 telaga ‘exploration’. Diharap lebih banyak penemuan minyak dan gas dibuat di masa akan datang seterusnya merancakkan lagi aktiviti industri minyak dan gas tempatan untuk dinikmati semua.