Dayang Enterprise peroleh pesanan kerja untuk ‘Accomodation Work Barge’ dari PCSB

0
321
Dayang Enterprise

KUALA LUMPUR: Dayang Enterprise Holdings Bhd mengumumkan telah memperoleh pesanan kerja atau ‘Work Order’ daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (“PCSB”) untuk penyediaan kapal kerja penginapan atau ‘Accomodation Work Barge’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan syarikat pada 30 Julai, syarikat memaklumkan pesanan kerja ini diperoleh anak syarikatnya, DESB Marine Services Sdn Bhd dan kapal Perdana Emerald akan ditugaskan untuk kontrak tersebut.

Kapal Perdana Emerald adalah kapal milik Perdana Petroleum Berhad, di mana Dayang Enterprise Holdings Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam Perdana Petroleum Berhad.

Advertisement

Nilai keseluruhan kontrak akan ditentukan berdasarkan pesanan kerja yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali, untuk tempoh sekitar 130 hari bermula tarikh ‘on-hire’, dengan pilihan lanjutan 60 hari.

Previous articleSteel Hawk Peroleh Kontrak Scaffolding daripada EPOMS
Next articlePanduan Kerjaya Offshore: Jalan Pintas Fahami Dunia Minyak & Gas