Dayang Enterprise Holdings Berhad (DEHB), umumkan pelanjutan kontrak Pan Malaysia bersama Kebabangan Petroleum Oil Company Sdn Bhd (KPOC) sehingga akhir 2024.
Kontrak berkenaan adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian.Tempoh lanjutan yang diumumkan syarikat adalah untuk tempoh 1 tahun 5 bulan, Kontrak asal 5 tahun itu dilaporkan tamat pada 17 Julai 2023.
Nilai kontrak lanjutan tersebut tidak diperincikan memandangkan ianya berdasarkan arahan kerja yang dikeluarkan oleh KPOC sepanjang tempoh kontrak berjalan.
Pada bulan lepas, Dayang Enterprise mengumumkan lanjutan kontrak yang serupa dimeterai antara Dayang Enterprise bersama Hibiscus Oil and Gas Malaysia Ltd.