Dayang Enterprise umumkan peroleh pelanjutan kontrak Pan Malaysia Maintenance, Construction and Modification 2018-2023 (Package C) East Malaysia dari SapuraOMV
Kontrak berkenaan adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian.Tempoh lanjutan yang diumumkan syarikat adalah untuk tempoh 1 tahun 5 bulan 21 hari.
Kontrak lanjutan tersebut berkuatkuasa 11 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2024.
Nilai kontrak lanjutan tersebut tidak diperincikan memandangkan ianya berdasarkan arahan kerja yang dikeluarkan oleh SapuraOMV sepanjang tempoh kontrak berjalan.
Baca juga: SapuraOMV jual aset di Semenanjung Malaysia kepada Jadestone Energy
Baru-baru ini, Dayang Enterprise mengumumkan peroleh kontrak lanjutan bersama beberapa syarikat pengeluar minyak dan gas tempatan, antaranya KPOC, Hibiscus, Roc Oil, Shell,PTTEP dan JX Nippon sekaligus menjadikan lanjutan kontrak ini yang kerujuh sejak Julai 2023. Kesemua kontrak tersebut dilanjutkan sehingga Disember 2024.
Dayang Enterprise merupakan syarikat penyedia perkhidmatan bersepadu yang menyediakan perkhidmatan pembinaan, penyelenggaraan, pemasangan dan pentauliahan bagi industri minyak dan gas
Related Article: Type of Offshore Platform