MDFT Peroleh Kontrak Lanjutan Bagi FPSO Kikeh

0
1457
Source: MHB

MISC Berhad (MISC) mengumumkan bahawa Malaysian Deepwater Floating Terminal (MDFT) Limited, sebuah syarikat usahasama antara MISC dan SBM Holdings Inc. S.A (SBM) baru-baru ini telah menandatangani perjanjian bersama PTTEP Sabah Oil Limited (PTTEP) bagi melanjutkan kontrak sewaan FPSO Kikeh selama enam (6) tahun bermula Januari 2022 sehingga Januari 2028. FPSO Kikeh terletak di Blok K, luar pesisir Sabah.

MISC dan SBM masing-masing mempunyai kepentingan sebanyak 51% dan 49% dalam MDFT.

Dibina pada 2007, FPSO Kikeh merupakan FPSO pertama dan terbesar bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia. FPSO tersebut mampu menghasilkan sehingga 120,000 tong minyak sehari dan mempunayi kapasiti simpanan sebanyak dua juta tong minyak.

Advertisement

Sumber: MISC

Previous articleHibiscus Petroleum Umum Selesai Pembelian Aset Kendalian Repsol di Malaysia dan Vietnam
Next articlePETRONAS Offers 14 Exploration Blocks, Discovered Resource Opportunities & Late Life Assets In Malaysia Bid Round 2022