Petronas dan Mubadala Energy umum temui telaga gas baru offshore Sarawak

0
1469

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Mubadala Energy harini umumkan menemui telaga gas baru di luar pesisir Sarawak, Malaysia. Penemuan tersebut melalui telaga penerokaan Cengkih-1 yang terletak di dalam blok SK320.

Telaga Cengkih-1 digali sehingga kedalaman 1680m pada Ogos 2022, menemui takungan gas dengan ketebalan 110m, sekaligus mengukuhkan lagi sumber gas dalam blok SK320 berkenaan.

Cengkih-1 terletak berhampiran lapangan Pegaga, yang juga dalam blok yang sama, telah mula mengeluarkan gas pada awal 2022.

Advertisement

Mubala Energy merupakan pengendali (operator) blok berkenaan dengan pegangan sebanyak 55 peratus manakala Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell Sarawak Berhad masing-masing dengan pegangan 25 peratus dan 20 peratus dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC).

Pada September baru-baru ini, Mubadala Petroleum, sebuah syarikat pengeluar minyak dan gas berpengkalan di Abu Dhabi, telah melakukan penjenamaan semula kepada Mubadala Energy bagi mencerminkan perubahan strategi syarikat berkenaan.

Previous articleSapura Energy Wins New Contract Worth RM2.7 Billion
Next articlePETRONAS announced first gas production from North Malay Basin Phase 3 Project