PETRONAS lancarkan Malaysia Bid Round 2021, tawarkan 13 blok eksplorasi

0
1037
Petronas

PETRONAS melancarkan Malaysia Bid Round (MBR) 2021 secara maya pada 26 Februari 2021, dengan penyertaan lebih 250 pelabur berpotensi dan pelabur sedia ada, menerusi siaran langsung yang dipancarkan ke Amerika Utara, United Kingdom dan Eropah serta Asia Pasifik.

BACA: Pencapaian besar PETRONAS sepanjang tahun 2020

Menurut PETRONAS, 13 blok eksplorasi ditawarkan pada sesi kali ini untuk membuka lebih banyak peluang pelaburan untuk pelabur menjalankan penerokaan serta menjana perolehan dari potensi sumber hidrokarbon di Malaysia

Advertisement

Daripada blok-blok yang ditawarkan, tiga daripada terletak di ‘Malay Basin’ (PM340, PM327 dan PM342), empat dari ‘Sabah Basin’ (SB409, SB412, 2W dan X), manakala enam di kawasan ‘Sarawak Basin’ (ND3A, SK4E, SK328, SK427, SK439 dan SK440).

Dalam blok PM342, SK4E, SK328 dan SB409, terdapat enam medan yang sudah ditemui yang menjadi asas kepada pelabur untuk meneroka dengan lebih lagi serta pada masa sama turut membantu mempercepatkan usaha bagi menjana keuntungan. MBR 2021 kali ini juga turut menawarkan empat blok laut dalam ‘deepwater’ (ND3A, 4E, 2W dan X) di luar pesisir pantai Sarawak dan Sabah yang sudah menunjukkan beberapa penemuan yang besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini

BACA: Technip FMC peroleh kontrak Projek Pembangunan ‘Deepwater’ Limbayong, offshore Sabah

MBR adalah pusingan bidaan tahunan anjuran PETRONAS yang menawarkan pelabur pelbagai peluang di Malaysia merangkumi blok penerokaa, juga yang belum dibangunkan, blok dimana sumber hidrokarbon sudah ditemui serta aset yang sudah dipenghujung hayat (Late Life Assets) serta peluang kajian teknikal bagi mengembangkan portfolio tenaga mereka selain mewujudkan nilai.

Meskipun MBR kali menumpukan blok-blok untuk diteroka, turut tersedia adalah aset di penghujung hayat serta medan kecil yang belum dibangunkan yang bakal ditawarkan pada separuh kedua tahun ini.

Previous articlePETRONAS launched Malaysia Bid Round 2021
Next articleHarga minyak mentah mencecah $67 se tong, paras tertinggi setahun