Sapura Energy umum menang kontrak bernilai RM 1.4 Billion serta mencatatkan keuntungan bagi suku kedua berturut-turut

0
811

Sapura Energy Bhd mengumumkan memperoleh kontrak “Offshore Transportation & Installation Services” di Angola bersama Azule Energy Angola B.V. bagi projek Angola Northern Gas Complex (NGC). Kontrak tersebut diperoleh melalui anak-anak syarikatnya iaitu Sapura Offshore Sdn. Bhd, Sapura Energy DMCC dan Sapura Energy Engineering & Construction

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada 27 September 2023, kumpulan syarikat berkenaan memaklumkan skop kerja bagi kontrak tersebut melibatkan perkhidmatan kejuruteraan, ‘transportation’, ‘installation’ dan aktiviti berkaitan Quilima dan Maboqueiro Platform bagi projek Angola NGC.

Nilai kontrak yang diperoleh dianggarkan berjumlah US300 Juta bersamaan RM 1.4 Billion dengan kerja-kerja dijangka siap pada suku keempat 2026.

Dalam satu kenyataan yang berasingan, Sapura Energy juga mengumumkan mencatat keuntungan RM 43 juta untuk suku kedua tahun kewangan 2024berakhir 31 Julai 2023, dengan merekodkan perolehan RM 1.14 Billion. Keuntungan yang dicatatkan pada suku kali ini menjadikannya suku kedua berturut-turut kumpulan syarikat setelah turut mencatatkan keuntungan pada suku pertama tahun kewangan 2024.