Steel Hawk Peroleh Kontrak Scaffolding daripada EPOMS

0
275

KUALA LUMPUR (30 Julai) – Steel Hawk Bhd, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas, mengumumkan telah memperoleh kontrak perkhidmatan perancah (scaffolding) daripada EPOMS Sdn Bhd.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat memaklumkan kontrak tersebut dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuh Steel Hawk, iaitu Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB) pada 25 Julai.

SHESB akan melaksanakan kerja-kerja ini untuk tempoh sehingga dua tahun, dengan pilihan lanjutan selama satu tahun, berkuat kuasa dari 25 Julai 2025 hingga 24 Julai 2027.

Advertisement

Syarikat memaklumkan bahawa kontrak tersebut tidak mempunyai nilai tetap kerana kerja-kerja akan dilaksanakan secara panggilan (call-out) berdasarkan keperluan EPOMS.

Walaupun begitu, kontrak ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY2025).

Previous articleNAGA 5 peroleh kontrak daripada PTTEP
Next articleDayang Enterprise peroleh pesanan kerja untuk ‘Accomodation Work Barge’ dari PCSB