KUALA LUMPUR (8 Jan): T7 Global Bhd mengumumkan pada Khamis bahawa anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd, telah memperoleh satu pesanan kerja daripada PETRONAS Carigali Sdn Bhd.
Dalam satu kenyataan kepada bursa, syarikat itu berkata kontrak tersebut melibatkan penyediaan perkhidmatan penutupan dan penamatan telaga bersepadu (integrated well plug and abandonment) serta perkhidmatan pasukan pengurusan projek bagi telaga Zuhal East. Pesanan kerja itu berkuat kuasa dari 17 Nov 2025 hingga 31 Mac 2026.
Pada Disember 2024, T7 Global telah dilantik sebagai kontraktor panel bagi penyediaan perkhidmatan kelangsungan telaga bersepadu untuk kerja-kerja intervensi, workover dan penamatan di bawah kontrak Pan Malaysia PETRONAS.




















