PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP), melalui anak syarikat milik penuhnya, PTTEP HK Offshore Limited (Malaysia Branch) atau PTTEP HKO, mengumumkan penemuan gas terbaharu dari telaga penerokaan (exploration well), Dokong-1 di Blok SK417, offshore Sarawak
BACA: Terdahulu, PTTEP umumkan penemuan yang besar di Lang Lebah, SK410B offshore Sarawak
Dokong-1 bermula pada November 2020, mensasarkan gas dalam takungan ‘sandstone’. Telaga berkenaan digali sehingga kedalaman 3,810 meter dan menemui gas dengan ketebalan lebih 80 meter. Telaga penerokaan kedua bakal digali pertengahan tahun ini sebahagian daripada kempen penerokaannyan.
CEO PTTEP, Encik Phongsthorn Thavisin berkata: “Penemuan potensi gas yang berkualiti tinggi di telaga Dokong-1 adalah kejayaan PTTEP di Malaysia yang terkini selepas daripada penghasilan gas pertama di Block H dan penemuan gas yang besar di SK410B, Lang Lebah. Hasil penggalian ini membuka lembaran kepada penerokaan untuk beberapa prospek berhampiran yang mempunyai struktur geologi yang hampir sama. Ini juga membuka peluang kepada PTTEP untuk menggabungkan pembangunan dan penghasilan pada masa hadapan dari SK417 dengan kawasan berdekatan“
Blok SK417 terletak di kedalaman cetek, sekitar 90 kilometer dari pesisir Sarawak. PTTEP HKO adalah pengendali untuk SK417 dengan pegangan sebanyak 80 peratusa manakala selebihnya dipegang PPETRONAS Carigali Sdn. Bhd.


Selain PSC SK417, antara portfolio lain PTTEP di Malaysia termasuklah Blok H, Blok K, SK 309 and SK 311, dan the Malaysia–Thailand Joint Development Area (MTJDA) yang mana sudah mengeluarkan hasil manakala SK 314A, SK 438, SK 405B, SK 410B, PM 407 dan PM 415 adalah projek penerokaan (exploration). PTTEP, menerusi PTT Global LNG Company, juga mempunyai kepentingan sebanyak 10% dalam LNG Train 9 sebahagian dari Malaysia LNG Complex di Bintulu.
Sumber: PTTEP
Like and follow kami di Facebook and LinkedIn untuk berita oil & gas tempatan