Dayang Enterprise peroleh lagi lanjutan kontrak sehingga akhir 2024, kali ini dari syarikat gergasi minyak dan gas di Malaysia.

0
859
Dayang Enterprise

Dayang Enterprise Holdings Berhad (DEHB), umumkan anak syarikatnya iaitu Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) memperoleh pelanjutan tempoh kontrak bagi perkhidmatan penyelenggaraan Topside (Package A) atau “Provision of Major Topside Maintenance Services” dari Sarawak Shell Berhad(SSB) /Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC).

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Dayang Enterprise berkata nilai kontrak tersebut berdasarkan arahan kerja yang dikeluarkan oleh ROC sepanjang tempoh kontrak berjalan.

Tempoh lanjutan kontrak adalah bagi tempoh satu (1) tahun lima (4) bulan dan 12 hari bermula 20 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2024.

Semalam, kami melaporkan Dayang Enterprise umum peroleh lanjutan kontrak penyelenggaraan, pembinaan, dan pengubahsuaian atau “maintenance, construction & modification (MCM)” dari Kebabangan Petroleum Oil Company (KPOC).

Pengumuman ini menjadikannya lanjutan kontrak kelima diperoleh syarikat sejak Julai 2023. Sebelum ini, Dayang Enterprise mengumumkan lanjutan kontrak bersama Roc Oil (Sarawak), JX Nippon, Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited dan KPOC.

Baca sini untuk ketahui jawatan-jawatan yang ada dalam bidang topside maintenance.