Sebut sahaja kerja offshore pasti ramai yang terbayang kerja yang menjanjikan gaji yang lumayan dan sebab itu juga, selalu kita lihat ramai orang berhasrat untuk bekerja offshore. Tapi tidak ramai yang betul-betul tahu kerja apa yang sebenarnya mereka inginkan.
Bagi graduan atau sesiapa yang ingin bertukar angin untuk kerja offshore perlulah mengetahui sedikit latar belakang atau maklumat pekerjaan yang ingin dipohon. Tanpa maklumat ini, anda umpama pergi berburu tanpa mengetahui apa yang hendak diburu. Hakikatnya, terdapat beribu macam jenis pekerjaan yang ada di offshore, ada yang kita tidak pernah terfikir pun kewujudannya, dari sekecil-kecil position hinggalah sebesar-besar position, semuanya mempunyai peranan masing-masing.
Artikel kali ini adalah siri pertama yang akan menyingkap sedikit sebanyak tentang kepelbagain pekerjaan offshore.
Sebelum itu, suka untuk penulis memberi gambaran secara kasar tentang bidang-bidang offshore yang boleh diceburi. Pada hemat penulis, kerja offshore boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum
- Platform – production, maintenance, construction, hook up, commissioning dan sebagainya
- Drilling rig – tender, jackup, semi-submersible dan sebagainya
- Kapal (Vessel) – supply vessel, seismic vessel, barge dan banyak lagi
Jadi untuk kali ini, penulis akan fokus kepada pekerjaan yang terdapat di platform-platform khususnya untuk kontraktor dalam bidang construction & topside maintenance.
Krew kontraktor untuk sesuatu construction & maintenance projek terdiri daripada beberapa position yang saling melengkapi setiap satunya. Di sini, penulis senaraikan beberapa position yang lazimnya ada untuk sesuatu krew.
- General Supervisor (GS)
Tugas: Menyelia krew di bawah group seliannya dan bertindak sebagai focal person untuk pihak kontraktor
Kelayakan: Berpengalaman luas dalam offshore construction & maintenance
2. Fitter Foreman
Tugas: Supervisor untuk job structure atau pipe fitting.
Kelayakan: Pengalaman serta mempunyai sijil kursus pemasangan paip minyak dan gas
3. Fitter
Kebiasaanya terbahagi kepada 2 kumpulan; structure dan piping. Kedua-duanya memerlukan kemahiran yang tersendiri.
Tugas: Melakukan kerja pemotongan (cutting) dan fit up, termasuklah bevelling, grinding serta berkemahiran membaca drawing, P&ID, etc
Kelayakan: Kursus pemasangan paip minyak dan gas
4. Welder
Tugas: Melakukan kerja welding atau kimpalan paip atau structure
Kelayakan: Kursus kimpalan dan lulus WQT (Welder Qualification Test). Biasanya WQT dijalankan dengan seseorang welder diarahkan melakukan kimpalan pada paip 2″ dan 6″ dan hasil kimpalan tersebut akan diperiksa kualitinya sebelum diluluskan
5. Rigger Foreman
Tugas: Mengawal selia kerja-kerja rigging dan scaffolding.
Kelayakan: Pengalaman dan menghadiri kursus advanced rigging & slinging.
6. Rigger Scaffolder
Terdapat beberapa level scaffolder bergantung kepada kemahiran dan kelayakan scaffolder untuk memasang jenis-jenis scaffolding, contohnya tower, overboard dan sebagainya
Tugas: Melakukan kerja rigging, memasang (rig up) dan membuka (rig down) scaffolding Kelayakan: Kursus scaffolding (Level Basic (1), Intermediate (2) dan Advanced(3)). Kebanyakan klien atau operator memerlukan scaffolder untuk berdaftar dengan DOSH
7. Rigger
Tugas: Melakukan kerja-kerja rigging dan lazimnya memerlukannya membantu untuk kerja-kerja lain
Kelayakan: Kursus rigging and slinging
8. Blaster
Tugas: Melakukan kerja-kerja blasting. Senang cerita menghilangkan kesan-kesan karat atau cat yang ada pada sesuatu structure, piping, pressure vessel atau sebagainya
Kelayakan: Kursus Blasting & Painting dan berdaftar dengan IMM
9. Painter
Tugas: Sesudah selesai kerja-kerja blasting, seterusnya painter akan melakukan kerja-kerja painting atau mengecat.
Kelayakan: Kursus Blasting & Painting dan berdaftar dengan IMM.
10. Firewatch
Tugas: Standby dengan fire extinguisher atau menjadi pemerhati ketika krew-krew lain melakukan kerja-kerja hotwork. Bertindak memadam kebakaran sekirannya berlaku kebakaran. Namun, kebelakangan ini, kebanyakan syarikat memerlukan rigger untuk mengambil alih tugas ini, dikenali rigger firewatch.
Kelayakan: Kursus Firewatch
Beg offshore anda selalu tidak muat, beli beg offshore anda di sini
Demikianlah kami kongsikan sedikit mengenai position yang ada di offshore. Dalam siri yang lain kami akan kongsikan banyak lagi position yang ada.
Juga harus diingat, kebanyakan pekerjaan disenaraikan di atas adalah freelance atau kontrak, dengan bayaran dayrate, bergantung kepada bilangan hari di offshore.
Klik link di bawah untuk membaca siri #2 dan siri #3 kerjaya offshore
Siri #2 – Drilling rig (Kontraktor)
Siri #3 – Drilling rig (Operator)
Disclaimer: Nama, tugas dan kelayakan untuk setiap position di atas mungkin berbeza mengikut syarikat.
Jangan lupa untuk like page kami di Vertical Well untuk mendapatkan maklumat mengenai industri oil and gas di Malaysia.
Untuk berkongsi artikel dengan kami, email kan artikel ke hello@verticalwell.com
Saya suka berkerja di offshore kerana benyak memberi pengalaman dalam bidang ini.selain pembayaran gaji lumayan serta dapat mempertingkatkan skills dalam bidang kimpalan terutamanya…saya sebagai welder.ingin mencebur dlm bidang ne ..belum mendapat peluang lgi. Sedang mencari peluang
Saya ingin mencuba kerja2 di laut,,,sbb tk pernah keeja di laut,,
Assalamualaikum,sy diploma engineering welding & memiliki welding inspector PCN level2..sy berminat nak join sektor drilling..apa kelayakan dan sijil diperlukan
Waalaikumussalam,
Bergantung kepada position/jawatan.
Selalunya kalau untuk rig crew selalunya start dengan roomboy/stewards.
Dengan kelayakan diploma, mungkin boleh cuba service company/contractors.
Dan sekiranya ingin dalam bidang welding, mungkin agak terhad melainkan contractor yang rig company engage untuk kerja-kerja welding (sekiranya ada). Dan setiap drilling rig, memang ada welder onboard
Comments are closed.