Dayang Enterprise mengumumkan peroleh kontrak lanjutan untuk dari Sarawak Shell Berhad.
Menurut satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat kumpulan berkenaan, Dayang Enterprise Sendirian Berhad (DESB) untuk penyediaan satu unit accomodation work boat – Dayang Opal.
Kontrak berkenaan diperoleh dibawah kontrak payung untuk perkhidmatan kapal sokong luas pesisir pantain (offshore support vessels) untuk aktiviti projek dan penggerudian (drilling) bagi Petronas’ Petroleum Arrangement Contractors (PAC).
Nilai kontrak berkenaan adalah berdasarkan arahan kerja (work orders) daripada SSB sepanjang tempoh lanjutan kontrak yang berkuatkuasa 20 Mac 2021 sehingga 19 Mac 2022.