Kuala Lumpur: Sebuah syarikat milik penuh Handal Energy Berhad, Handal Offshore Services Sdn Bhd, telah memperoleh kontrak pemeriksaan dan penyelenggaraan kren daripada Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd (CHOC) sementara anak syarikat lain kumpulan tersebut, Handal Cranes Sdn Bhd memperoleh kontrak operasi kren dari Enquest Petroleum Production Malaysia Ltd
Kontrak Penyelenggaraan Carigali Hess
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, tempoh kontrak itu adalah tiga tahun, bermula 15 September 2020, dengan pilihan lanjutan dua tahun
Kontrak Operasi Kren Luas Pesisir Pantai Enquest
Manakala untuk kontrak operasi kren dari Enquest, tempoh kontrak itu adalah tiga tahun, bermula 3 Ogos 2020, dengan pilihan lanjutan satu tahun tetapi tiada sebarang nilai kontrak dinyatakan.