Hess Malaysia selesai pembinaan MRU untuk Bergading CPP

0
3052
Source: Hess

Hess E&P Malaysia B.V., anak syarikat Pengeluar minyak dan gas dari Amerika Syarikat, HESS Corporation umumkan selesai pembinaan MRU (Mercury Removal Unit) untuk projek bersepadu North Malay Basin (NMB)

Kemudahan MRU terbabit akan membantu membuka sepenuhnya potensi aset NMB serta membolehkan pengeluaran gas dengan tahap merkuri lebih tinggi secara selamat dari telaga sedia ada dan yang akan dibina.

Artikel terdahulu: Hess awards MMHE for MRU EPCC Contract

Menurut Naib Presiden Hess Asia, Zhiyong Zhao, fasiliti MRU berkenaan akan dipasang dan disatukan dengan Bergading Central Processing Platform (CPP) di Kompleks Bergading NMB yang terletak sekitar 300KM luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Bergading CPP. Source: Hess

“Walaupun industri berdepan cabaran ketika ini, pihaknya berjaya menyempurnakan MRU mengikut jadual.

“Pencapaian ini membuktikan komitmen kami dalam membangunkan sumber gas asli Malaysia dan melindungi keselamatan bekalan gas negara.

“Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama kukuh  dengan PETRONAS dan kontraktor utama,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pengurusan merkuri adalah penting dalam melindungi alam sekitar di samping mengelakkan kerosakan kepada sistem hiliran dan juga memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan” tambahnya lagi.

Hess Malaysia menganugerahkan kontrak pemasangan kapal tekanan berkaitan MRU kepada Dialog Systems.

Kontrak bagi Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan pula diberikan kepada MMHE manakala kontrak Pengangkutan dan Pemasangan dianugerahkan kepada Sapura Offshore.