Kuala Lumpur (2 Oct): Icon Offshore telah menandatangani perjanjian untuk membeli “jackup drilling rig” Perisai Pacific 101 atau lebih dikenali sebagai PP101 bernilai USD 42.54 juta bersamaan RM 177 Juta.
PP101 dimiliki oleh Perisai Drilling Holdings Sdn Bhd (PDHSB), yang mana merupakan syarikat milik penuh Perisai Petroleum Teknologi Berhad (PPTB).
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Icon menerusi anak syarikatnya Icon Fleet Sdn Bhd telah menandatangai persetujuan bersama penjual Perisai Pacific 101 (L) Inc, Oversea-China Banking Corporation and PPTB untuk pembelian “rig” tersebut.
Icon Fleet juga menandatangani perjanjian jual beli dengan PPTB untuk pembelian 51% pegangan dalam Perisai Offshore Sdn Bhd
Pembelian ini akan membuka peluang untuk kumpulan Icon untuk memiliki dan mengendalikan offshore rig dan seterusnya menjana pulangan kepada kumpulan syarikat dari sumber yang berbeza. Ini adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang syarikat untuk menambah baik dan meluaskan tawaran perkhidmatan kepada klien.
Artikel berkaitan: Icon Offshore peroleh kontrak workboat
PP101 adalah “jackup rig” yang dibina pada 2014 di PPL Shipyard, Singapore dengan design Pacific Class 400 dan berdaftar di Port Klang.
Pada ketika ini, hanya terdapat dua (2) syarikat kontraktor drilling tempatan di Malaysia yang mempunyai jackup rig iaitu Velesto Energy Berhad dan Perisai Petroleum Teknologi Berhad.
Permintaan untuk rig jenis jackup dijangka akan meningkat dipacu oleh blok penerokaan dan penghasilan (exploration & production blocks) yang dimiliki oleh syarikat gergasi minyak seperti Petronas Carigali Sdn Bhd, Shell, Mubadala dan PTTEP.