Berita-berita dan artikel berkaitan minyak dan gas kerapkali menyebut tentang Upstream dan Downstream dalam penulisan mereka. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah tersebut. Dalam arktikel ini, penulis akan cuba untuk merungkaikan sedikit sebanyak tentang Upstream, Downstream dan perbezaan di antara keduanya.
Istilah Upstream dan Downstream dalam bidang oil & gas merujuk kepada aktiviti dalam sesebuah rantaian bekalan dan sudah semestinya, saling berkait dan memerlukan satu sama lain. Senang untuk kita sifatkan Upstream sebagai sektor huluan manakala Downstream sebagai sektor hiliran.
Syarikat yang beroperasi dalam bidang ini kebiasaanya akan dibahagikan kepada kategori Upstream, Downstream atau Integrated. Integrated dalam hal ini merujuk kepada syarikat yang mengabungkan dua kategori yang dibincangkan ini.
Upstream:

Ini merujuk kepada semua aktiviti penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas atau lebih dikenali sebagai Exploration & Production (E&P).
Secara umumnya, aktiviti yang terlibat adalah seperti berikut:
- Kajian Seismik
- Drilling (Penggalian)
- Pembuatan (Fabrication)
- Pengeluaran (Production)
- Penyelenggaraan (Maintenance)
- Perkapalan (Support Vessel)
Antara syarikat tempatan yang terlibat dalam sektor Upstream (Huluan) ini adalah:
- Petronas Carigali (E&P)
- Hibiscus (E&P)
- Velesto Energy (Drilling Contractor)
- MMHE (Fabricator)
- Sapura Energy (E&P, Drilling and Construction)
- Dayang Enterprise (Construction)
Kenaikan dan penurunan harga minyak dunia amat memberi kesan kepada sektor Huluan. Hal ini kerana keuntungan syarikat-syarikat E&P seperti Petronas Carigali, Shell, ExxonMobil bergantung kepada harga minyak semasa dan ini akan memberi impak kepada belanjawan syarikat tersebut. Kemudian, belanjawan ini pula memberi kesan kepada syarikat kontraktor dan sokongan dari aspek penganugerahan kerja dan kontrak dan seterusnya.
Downstream:

Source: Petronas Chemicals Group
Minyak dan gas yang dihasilkan kemudiannya akan dihantar untuk diproses menjadi produk petroleum. Di sinilah bermulanya aktiviti Downstream (Hiliran). Produk yang diterima akan ditapis dan diproses untuk menjadi barangan seharian kita seperti petrol, diesel, minyak pelincir dan banyak lagi.
RAPID Pengerang merupakan antara contoh projek Downstream mega terbaru PETRONAS bagi meningkatkan kapisiti pengeluaran dalam negara.
Antara syarikat tempatan yang terlibat dalam bidang ini adalah seperti:
- Petronas Gas Berhad
- Petronas Chemicals Group Berhad
- Petron Malaysia Refining
- Hengyuan Refining Company Berhad
Secara kesimpulannya, bidang Upstream adalah semua yang berkait dengan aktiviti cari dan gali minyak dan gas manakala Downstream pula melibatkan penapisan dan pemprosesan minyak dan gas yang terhasil sehingga menjadi produk-produk petroleum kegunaan seharian.
Jangan lupa untuk like page kami di Vertical Well untuk mendapatkan maklumat mengenai industri oil and gas di Malaysia.
Untuk berkongsi artikel dengan kami, email kan artikel ke hello@verticalwell.com
Anda juga mungkin meminati artikel berikut:
- ConocoPhilips ambil alih pengendalian Kluster Kebabangan (KBBC PSC)
- T7 Global terima kontrak Pan Malaysia dari HESS
- T7 Global terima kontrak MCM dari Carigali Hess
- Petra Energy peroleh 4 kontrak Pan Malaysia Offshore Maintenance, Construction, Modification (MCM) dan Hook-up Commissioning (HUC)
- T7 Global terima kontrak Pan Malaysia dari PETRONAS Carigali