Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), sebuah anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) telah mendapat kontrak daripada SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc. bagi kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pengangkutan dan pemasangan atau EPCIC bagi projek pembangunan SK408W Jerun, offshore Sarawak.
Mengenai Projek Pembangunan Jerun SK408W
Kontrak EPCIC ini melibatkan pembinaan topside dengan berat sekitar 15000 Metrik Tan (MT), jacket dengan berat 10,000 MT d
an Central Processing Platform (CPP) piles Central Processing Platform (CPP) seberat 5000 MT. Juga termasuk adalah aspek rekaan kejuruteraan bagi pipeline bersaiz 30 inci dengan jarak bersamaan 80 kilometer dari CPP ke platfrom sedia ada E11R-B untuk disatukan dengan laluan sedia ada yang dihubungkan ke PETRONAS Malaysia LNG Plant di Bintulu, Sarawak.
Update: Tempoh projek dianggarkan memakan masa selama 40 bulan dengan nilaian keseluruhan kontrak dianggarkan sekitar RM1 billion.
Setelah siap, fasiliti tersebut akan dipasang di medan gas Jerun, yang terletak di Blok SK408W, luar pesisir Bintulu Sarawak. SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc. adalah operator bagi blok SK408W, dengan Sarawak Shell Berhad dan PETRONAS Carigali masing-masing dengan pegangan kepentingan sebanyak 30 peratus.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Encik Pandai Othman, berkata kami amat berbesar hati apabila diberi kepercayaan oleh SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc dan rakan kongsi bagi projek mega ini. Ini adalah pengiktirafan bagi kemampuan teknikal dan daya saing komersial kami dalam industri dan menunjukkan kemampuan MHB dalam menyediakan perkhidmatan yang bersepadu dan memberi nilai tambah. Disokong oleh tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengalaman, kami amat komited untuk menyiapkan projek ini dengan selamat, mengikut masa yang ditetapkan dan mengikut kualiti yang ditetapkan pihak klien.