Muhibbah Engineering dapat kontrak EPCC+I untuk brownfield Duyong, Offshore Terengganu

0
1702

Muhibbah Engineering (“Muhibbah”) umumkan peroleh kontrak melalui sebuah konsortium yang diketuai oleh Muhibbah bagi kerja-kerja Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentaulihan + Pemasangan (EPCC+I) untuk Struktur Ringan (Light Weight Structure (LWS)) dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat minyak dan gas tempatan itu, kerja-kerja tersebut adalah bagi projek modifikasi Brownfield Duyong dan Host Tie In untuk projek Gansar yang terletak 190KM offshore Terengganu

Nilai kontrak yang diterima adalah sekitar RM 220 Juta. Kerja-kerja tersebut dijangka dimulakan serta merta dan bakal disiapkan dalam tempoh 22 bulan dari tarikh mula.

Advertisement

Previous articlePETRONAS Buat Penemuan Minyak dan Gas Baru offshore Sarawak
Next articlePCSB berkerjasama dengan JX Nippon untuk bangunkan lapangan gas, offshore Terengganu