Pada 28 Disember 2021, PETRONAS telah mengeluarkan laporan PETRONAS Activity Outlook 2022-2024 yang memaparkan gambaran industri minyak dan gas, jangkaan permintaan dan tinjauan aktiviti bagi syarikat berkenaan bagi tempoh tersebut
Menurut laporan tersebut, pada tahun 2022, PETRONAS menjangkakan pemulihan ke arah permintaan yang mampan akan kekal rapuh dan tidak menentu memandangkan pasaran minyak akan menjalani penyelarasan mengikut landskap jangka pendek dan jangka panjang, didorong oleh pembukaan aktiviti ekonomi di kala pandemik COVID-19.
Syarikat minyak dan gas nasional itu menjangkakan prospek positif untuk aktiviti pelantar penggerudian (drilling) dan prospek yang stabil bagi fabrikasi struktur tetap (fixed structure fabrication) dan kemudahan dasar laut (subsea facilities), bekalan saluran paip, perkhidmatan bawah air (underwater services) serta aktiviti penyahtauliahan (decommissioning).
Bagaimanapun, tinjauan sederhana dijangka untuk pemasangan kapal atau bot terapung (floatover barges).
Sumber: PETRONAS