Prospek Projek Oil & Gas Malaysia Tahun 2021

1
3905
Petronas Activity Outlook 2021-2023

Pada 31 Disember 2020, PETRONAS telah mengeluarkan PETRONAS Activity Outlook 2021-2023 untuk berkongsi pandangan syarikat mengenai trend industri, prospek permintaan dan aktiviti yang akan datang daripada perniagaan huluan (Upstream), gas dan tenaga baharu (Gas & New Energy), serta hiliran (Downstream), Petronas yang akan datang.

Prospek industri minyak dan gas pada tahun 2021 dijangka akan kekal mencabar disebabkan kemerosotan permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini akibat daripada pandemik COVID-19, ia telah memberi kesan kepada pasaran domestik dan global, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemain industri minyak dan gas Malaysia boleh menarik nafas lega dengan prospek aktiviti industri sepanjang 2021-2023. Berikut merupakan rumusan prospek projek untuk industri minyak dan gas di Malaysia pada tahun 2021 merangkumi pembinaan platform, pipeline, hookup commissioning, drilling dan banyak lagi.

Engineering Construction & ProjectsProjek Greenfields (Projek Baru)

Terdapat enam projek Greenfield yang sedang dijalankan sekarang antaranya ialah:

Di samping projek dalam senarai di atas, terdapat 13 lagi projek yang masih dalam peringkat kajian dimana 4 antaranya berkemungkinan memulakan fabrikasi sekitar pertengahan 2021.

Antara fabrikator utama di Malaysia yang bakal mendapat manfaat dari projek greenfield adalah Malaysia Marine Heavy Engineering (MMHE) dan Sapura Energy.

Engineering Construction & ProjectsProjek Brownfield

Untuk projek Brownfield, ia dibahagikan kepada 2; memerlukan struktur baru dan tidak memerlukan struktur baru

Antara projek Brownfield yang memerlukan struktur baru adalah:

  • Bekok Oil (MMHE)
  • Ledang
  • GK Ph 3 (Gumusut Kakap)
  • SNP Ph 2 (Siakap North Petai)

Di samping projek dalam senarai di atas, terdapat 6 lagi projek yang masih dalam peringkat kajian dengan salah satunya dijangka memulakan fabrikasi awal 2021.

Manakala terdapat 43 projek Brownfield yang tidak memerlukan struktur baru dimana dibahagikan kepada 3 kategori ;

  • 16 Infill drilling,
  • 2 Host Tie-in &
  • 24 Platform Modification

Offshore Fabrication

Pada 2021, PETRONAS menyasarkan pembinaan sebanyak 7 platform dengan 6 daripadanya adalah Wellhead Platform (WHP) manakala 1 Central Processing Platform (CPP)

Servis berkaitan: Engineering, structural steel, bulk materials (e.g. piping, cables, etc.), equipment supplies (e.g mechanical, electrical, instruments, etc.)

Offshore Installation

12 heavy lifts barge bakal digunakan pada 2021 untuk pemasangan WHP dan CPP.

Nota: Perkiraan tersebut berdasarkan bilangan lift di samping pemasangan jacket dan topside dikira berasingan.

Servis berkaitan: Supporting vessels, diving and remotely operated vehicles
(ROVs), welding and non-destructive testing (NDT).

Pipeline Installation – Pipelay barge

Pipeline installation dijangka sekitar 64 hari untuk keseluruhan tahun 2021.

Servis berkaitan: Supporting vessels, diving and ROVs, fill joint coating
services, welding and NDT.

Hookup Commissioning (HUC)

Untuk Hookup Commissioning, 3.5 juta manhours dianggarkan bakal dikerah pada 2021.

Servis berkaitan: Marine spread (accommodation work barge, workboat, FCB), logistics services, pre-commissioning services, inspection services, etc.

Decommisioning

Decommissioning dibuat apabila sesebuah fasiliti offshore tidak lagi diperlukan dalam pengeluaran sumber petroleum iaitu minyak dan gas. Dianggarkan sebanyak 18 telaga (wells) bakal di “plug & abandon”.

Drilling Rigs & Hydraulic Workover Units (HWU)

  • 10 Jack Up Rig
  • 4 Tender Assisted Rig
  • 5 Hydraulic Workover Unit
  • 3 Semisubmersible/ Drillship

Servis berkaitan: Supporting vessels, Oil Country Tubular Goods (OCTG), third party drilling services e.g. drilling fluids, Directional Drilling (DD)/Measurement While Drilling (MWD)/Logging While Drilling (LWD), wellheads, drill bits, cementing, fishing, slickline etc.

Jangan lupa untuk like page kami di Vertical Well untuk mendapatkan maklumat mengenai industri oil and gas di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti industri minyak dan gas di Malaysia untuk tahun 2021-2023, boleh rujuk di website Petronas

1 COMMENT

  1. Saya sedang mencari tempat untuk praktikal selama 6 bulan. saya belajar diploma teknologi kimpalan di Kolej Vokasional

Comments are closed.