Sapura Energy Terima Kontrak Drilling Bernilai RM3.2 Billion

0
854

KUALA LUMPUR (27 Feb): Sapura Energy Bhd mengumumkan telah memperoleh beberapa kontrak baharu dengan nilai keseluruhan kira-kira RM3.2 bilion, termasuk tempoh pilihan dalam beberapa kontrak tersebut. Kontrak-kontrak ini, yang dianugerahkan kepada anak syarikat miliknya dalam segmen drilling iaitu Sapura Drilling.

Antara kontrak baharu tersebut:

  • PTTEP Energy Development Ltd: Sapura Drilling akan menyediakan Tender Assisted Drilling Rig (TADR) Sapura T-17 dan Sapura T-18. Projek ini dijadualkan bermula pada suku kedua tahun FY2026, dengan tempoh tetap lima tahun dan pilihan lanjutan selama tiga tahun.
  • Cabinda Gulf Oil Company Ltd (CABGOC): Di Angola, Sapura Drilling menerima lanjutan kontrak untuk TADR miliknya, Sapura Jaya. Lanjutan ini berkuatkuasa November 2024 selama setahun sehingga November 2025.
  • ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc (EMEPMI): Kontrak penggerudian selama 30 bulan untuk Sapura Berani, bermula pada suku pertama FY2026.
  • EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd: Kontrak untuk rig Sapura Esperanza bagi empat telaga pembangunan di luar pesisir Malaysia bermula suku pertama 2026.

Selain itu, segmen kejuruteraan dan pembinaan (E&C) Sapura Energy juga memperoleh projek pemasangan saluran paip di Brazil dan projek pengalihan aset di Australia, seterusnya menyumbang kepada keseluruhan buku pesanan kumpulan.

Advertisement

Previous articleConocoPhilips ambil alih pengendalian Kluster Kebabangan (KBBC PSC)
Next articleHibiscus Petroleum Peroleh Lanjutan Kontrak Perkongsian Pengeluaran PM3 CAA