Shell luluskan pelaburan terhadap lapangan Timi, Offshore Sarawak

0
1732
Shell

Sarawak Shell Berhad (SSB), anak syarikat Royal Dutch Shell (plc) mengumumkan telah mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID) bagi projek pembangunan gas lapangan Timi, bersama dengan rakan-rakan pelaburannya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Brunei Energy Exploration.

Terletak sekitar 200km luar pesisir Sarawak, pembangunan Timi bakal menyaksikan platform wellhead milik SSB yang pertama yang dikuasakan oleh hibrid tenaga diperbaharui solar and angin. Platform yang tidak dihuni ini dibina 60 peratus lebih ringan berbanding platform wellhead Tender Assisted Drilling (TAD). Projek ini juga melibatkan penggalian dua telaga.

Menurut Pengarah Huluan Shell, Wael Sawan, Timi yang dikuasakan oleh hibrid solar dan angin ini membuktikan keupayaan Shell dalam penciptaan sistem baru dan penyampaian projek yang lebih selamat, dipercayai, dan lestari, selari dengan komitmen Shell bagi mencapai matlamat kadar pelepasan bersih sifar karbon (net zero carbon emissions) menjelang tahun 2050, katanya dalam satu kenyataan.

Projek pembangunan Timi dirangka untuk mencapai tahap pengeluaran puncak sehingga 50,000 tong bersamaan minyak setiap hari dan menyalurkan gas yang dihasilkan ke hab pengeluaran F23 melalui saluran paip sepanjang 80km disamping menyokong pelan pembangunan masa hadapan bagi kawasan Central Luconia, luar pesisir Sarawak.

Sebagai antara peneraju dalam membangunkan industri negara, Shell Malaysia berhasrat untuk meneraju dalam peralihan tenaga negara dengan meningkatkan pelaburan dalam kaedah pengeluaran karbon rendah, di samping meneruskan pelaburan karbon yang berdaya tahan dan berdaya saing.

Timi adalah lapangan ‘sweet gas’ yang mula dijumpai pada 2018 di bawah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) SK318 di mana Shell Sarawak Berhad (SSB) sebagai pengendali atau operator dengan pegangan ekuiti 75%. Petronas Carigali Sdn Bhd mempunyai 15% pegangan dalam PSC berkenaan manakala baki 10% dipegang oleh Brunei Energy Exploration.

Sumber: Shell Malaysia