12 NOV 2024: T7 Global Bhd mengumumkan memperoleh kontrak perkhidmatana Pan Malaysia maintenance, contruction & modification (MCM) and Hook Up Commissioning (HUC) dari IPC Malaysia BV.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan syarikat, syarikat memaklumkan kontrak pakej B3 tersebut diperoleh melaui anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd.
Kontrak selama 5 tahun itu berkuatkuasa 25 Oktober 2024 sehingga 24 Oktober 2029 dengan pilihan lanjutan pertama 3 tahun dan pilihan lanjutan kedua untuk tempoh 2 tahun.
5 Nov lalu, T7 Global memgumumkan menerima kontrak perkhidmatan Pan Malaysia maintenance, contruction & modification (MCM) and Hook Up Commissioning (HUC) dari ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. bagi Pakej B2 – Guntong untuk tempoh 5 tahun berkuatkuasa 1 Disember 2024.
IPC Malaysia BV mengendalikan lapangan minyak Bertam dalam Blok PM307 yang terletak kira 170 Kilometer luar pesisir Semenanjung Malaysia.