Tanjung Offshore peroleh kontrak dari Petronas Carigali

0
1818

Anak syarikat T7 Global Berhad, Tanjung Offshore dilantik Petronas Carigali Sdn Bhd bagi penyediaan pajakan, operasi dan penyelenggaraan unit pengeluaran luar pesisir mudah alih (Mobile Offshore Production Unit – MOPU) untuk Fasa Kedua Projek Pembangunan Semula Gas Bayan (Bayan MOPU Project).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat berkenaan berkata nilai kontrak selama 10 tahun itu adalah berdasarkan harga yang ditetapkan dalam kontrak, berkuat kuasa 1 Feb 2020. 

“Bayan MOPU projek ini membuktikan kemampuan T7 Global dalam industri minyak dan gas. Projek ini merupakan suatu pencapaian yang besar dalam mengembangkan lagi portfolio syarikat sebagai penyedia khidmat tenaga. Kami berbesar hati untuk menjalankan projek ini meskipun di dalam situasi industri minyak dan gas yang mencabar. Kami ingin berterima kasih kepada Petronas Carigali atas kepercayaan yang diberikan dan kami akan berusaha sehabis baik untuk menyiapkan projek mengikut spesifikasi dan jangka waktu yang ditetapkan” tambah Pengerusi T7 Global YBhg. Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Bin N. Hassan Thani.

Kontrak ini tidak akan memberi kesan ke atas jumlah modal saham terbitan syarikat. Ia dijangka menyumbang secara positif ke arah pendapatan termasuk aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 dan seterusnya