Velesto Energy Berhad (VEB) umumkan peroleh kontrak bagi perkhidmatan jack up ‘drilling’ dari ConocoPhillips Sarawak Limited dan ConocoPhillips Sarawak Oil Limited menerusi anak syarikat milik penuh kumpulan berkenaan iaitu Velesto Drilling Sdn Bhd (VED)
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan syarikat berkenaan memaklumkan kontrak berkenaan diberikan kepada ‘Jack Up’ milik kumpulan berkenaan iaitu Naga 7 dengan nilai kontrak berjumlah AS$8 juta bersamaan RM33 juta.
Ini adalah kontrak kedua yang di umumkan dalam tempoh seminggu di mana sebelum ini kumpulan syarikat berkenaan umumkan peroleh kontrak bernilai RM85 juta dari PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi NAGA 2 Dan NAGA 5
Kontrak tersebut adalah bagi menggali tiga (3) telaga atau ‘wells’ dengan dijangka bermula sekitar separuh pertama 2021
NAGA 7 adalah jack up rig premium milik Velesto yang mempunyai keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalama air sehingga 375 kaki.
Sehingga jam 5 petang tadi, saham Velesto di tutup pada harga 17.5 sen, menyaksikan kenaikan 0.5 sen iaitu 2.94%