Dayang Enterprise Holdings Berhad (DEHB), umumkan anak syarikatnya iaitu Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) memperoleh kontrak lanjutan dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bursa Malaysia, kontrak lanjutan berkenaan adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian atau Maintenance, Construction & Modification (MCM)
Kontrak tersebut adalah berdasarkan arahan kerja atau ‘work order’ yang dikeluarkan oleh pihak Petronas Carigali Sdn Bhd dan tidak dinyatakan nilai keseluruhan kontrak.
Tempoh lanjutan berkuatkuasa 20 September 2022 sehingga 31 Disember 2023.