PETRA Energy Peroleh Subkontrak daripada MMHE untuk Kerja Hook-Up & Commissioning

0
1289

Petra Energy Berhad mengumumkan memperoleh subkontrak daripada Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) untuk projek Kasawari CCS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Mei lalu, Petra Energy menyatakan bahawa subkontrak yang diperoleh menerusi anak syarikat kumpulan tersebut Petra Resources Sdn Bhd, tersebut adalah bagi kerja-kerja pemasangan dan pentauliahan (Hook-up & Commissioning)

Tempoh masa subkontrak tersebut dijangka bermula Mac 2023 sehingga Disember 2025.

Sebelum ini, MMHE dilaporkan telah menerima kontrak bernilai RM4.5billion dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi projek Kasawari CCS atau projek pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).

Projek Kasawari CCS melibatkan pemasangan Pelantar Pemprosesan Utama (CPP) Kasawari yang akan dipasang di Blok SK316, terletak kira-kira 200KM dari Komplek LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak.