Velesto Energy Berhad (“VEB”) mengumumkan bahawa Velesto Drilling Sdn Bhd (“VED”), sebuah syarikat milik penuh Velesto Malaysia Ventures Sdn Bhd, yang juga anak syarikat VEB telah menerima tiga (3) Notice of Assignments bagi kontrak Perkhidmatan Penyediaan Pelantar Penggerudian “Jack Up” untuk Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).
Kontrak tersebut merupakan perkhidmatan tiga (3) pelantar penggerudian “Jack Up” masing-masing “NAGA 3”, “NAGA 4” dan “NAGA 6” dengan nilai keseluruhan kontrak dianggarkan sekitar USD 128 juta atau bersamaan kira-kira RM 569.48 juta.
Rig | Mengenai Rig | Jumlah Anggaran Telaga (Wells) | Tarikh Mula |
NAGA 3 | Jack up rig dengan keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 350 kaki. | 8 Telaga (Tetap) | Suku ketiga 2023 |
NAGA 4 | Jack up rig dengan keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 400 kaki. | 4 Telaga dan pilihan 1 telaga tambahan dan pilihan 1 telaga tambahan | Suku ketiga 2023 |
NAGA 6 | Jack up rig dengan keupayaan menggali sehingga kedalaman 30,000 kaki dan mampu beroperasi di kedalaman air sehingga 375 kaki. | 6 Telaga (Tetap) | Suku ketiga 2023 |
4 Telaga dan pilihan 1 telaga tambahan dan pilihan 1 telaga tambahan | Suku ketiga 2022 |
Kontrak tersebut bermula pada suku ketiga 2022 dan berakhir sehingga selesai projek penggerudian setiap rig.
Velesto Energy Berhad merupakan penyedia perkhidmatan minyak dan gas tempatan dengan segmen utamanya menyediakan pelantar penggerudian ‘Jack-up’ dan juga Hydraulic Workover (HWU).