Kuala Lumpur – PETRONAS menjadi syarikat tenaga pertama di dunia yang menghasilkan cecair gas asli (LNG) dari fasiliti terapung berikutan penghantaran kargo pertama oleh PETRONAS Floating LNG DUA (PFLNG DUA) pada 24 Mac 2021.

Kargo berkenaan telah dimuat ke dalam Seri Camar LNG Carrier, yang dikendalikan oleh MISC Bhd untuk dihantar ke Thailand. PFLNG DUA mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta tan LNG setahun dan beroperasi pada kedalaman air sedalam 1,300 meter. Fasiliti terapung berkenaan berada di Blok H medan gas Rotan yang terletak 140 kilometer offshore Sabah.
Menurut PETRONAS dalam satu kenyataan harini, usaha PETRONAS bagi mengkomersilkan medan gas yang terpencil dan laut dalam nampaknya membuahkan hasil dengan adanya LNG terapung (FLNG) yang lebih lestari dan menjimatkan berbanding kaedah konvesional
Melalui penghantaran karga PLFNG DUA yang pertama ini, PETRONAS terus menjadi peneraju dalam bidang teknologi FLNG, dengan pengenalan PFLNG SATU – LNG terapung yang pertama di dunia – pada 2016. PFLNG SATU juga telah selesai menjalani penukaran lokasi FLNG pertama di dunia dari medan gas Kanowit, Sarawak ke medan gas Kebabangan, Sabah pada Mac 2019.
Sumber: PETRONAS