Operator drilling rig Malaysia, Velesto Energy Berhad mengumumkan kerugian selepas cukai (PAT) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berjumlah RM491.73 juta berbanding keuntungan RM33.1 juta pada 2019.
Manakala, bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 mencatatkan kerugian sebanyak RM493.287 juta berbanding keuntungan RM10.2 juta bagi suku kewangan yang sama tahun sebelumnya.
Perolehan syarikat merosot 18.5% pada 2020 kepada RM546.94 juta berbanding RM670.75 bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya. Manakal perolehan bagi suku keempat tahun kewangan 2020 menurun sebanyak 44.38% kepada RM99.06 juta berbanding RM178.10 juta pada suku yang sama tahun 2019.
Sehingga 31 Disember 2020, kumpulan syarikat minyak dan gas tempatan ini merekodkan rosot nilai RM460.6 juta berikutan kesan kejatuhan harga minyak mentah dunia, kesan ekonomi global dan ditambah pula pandemik COVID-19 yang berlanjutan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan syarikat tersebut, terdapat peningkatan dalam aktiviti minyak dan gas global termasuklah bagi segmen drilling di mana beberapa kontrak telah dianugerahkan dalam tempoh beberapa bulan yang lepas.
Di Malaysia, terdapat beberapa kontrak yang sudah dikeluarkan dan terdapat lagi beberapa lagi yang masih dalam pertimbangan, dan Velesto menyertai hampir kesemua tender termasuklah di beberapa negara ASEAN
Menurutnya lagi, terdapat dua (2) daripada tujuh (7) rig milik kumpulan berkenaan yang sedang beroperasi. Satu rig lagi dijangka bakal memulakan operasi tiga (3) tahun kontraknya di Malaysia-Thai Joint Development Area awal April 2021. Dua (2) rig lagi sedang dipersiapkan bagi memulakan kontrak offshore Malaysia, masing-masing pada April dan May 2021. Syarikat akan terus menyertai tender dan menjalankan rundingan bagi kontrak baru untuk tahun 2021 dan seterusnya