UZMA umum peroleh kontrak hydraulic workover dari Enquest

0
1189
Image: Uzma

Uzma Engineering Sdn Bhd, anak syarikat milik Uzma Berhad umumkan peroleh kontrak dari Enquest Petroleum Production Malaysia Ltd (Enquest) bagi menyediakan Hydraulic Workover Unit (HWU) bagi program workover Enquest menerusi arahan Call-Off dari Enquest.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Uzma, skop kerja bagi kontrak berkenaan melibatkan perkhidmatan bersepadu Hydraulic Workover Unit bagi kempen “recompletion and well abandonment” Enquest di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Kempen tersebut akan melibatkan sehingga tiga (3) platform dan juga sehingga dua belas (12) telaga milik Enquest dengan kerja-kerja dijangka bermula sekitar Mac 2022 dan berakhir Oktober 2022. Kontrak berkenaan dianggarkan bernilai sekitar RM30 Juta.

Uzma Berhad merupakan sebuah syarikat minyak dan gas tempatan yang menyediakan perkhidmatan bersepadu bagi kerja-kerja Hydraulic Workover. Manakala Enquest pula merupakan syarikat minyak dan gas antarabangsa yang berpengkalan di United Kingdom dan mempunyai operasi di luar pesisir Semenanjung Malaysia setelah mengambil alih kepentingan ExxonMobil dalam lapangan Seligi.