Harga minyak mentah global terus menunjukkan trend peningkatan untuk beberapa hari berturut-turut.
Harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 2.01% (AS$1.22) untuk berada pada AS$60.56 se tong manakala West Texas Intermediate ditutup pada AS$57.97 se tong, menyaksikan peningkatan sebanyak 1.93% (AS$1.12).
Ini menjadikan harga minyak berada pada tahap paling tinggi dalam tempoh setahun yang lalu.
Harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan bermulanya pengambilan vaksin terutamanya di AS dan UK yang diharapkan akan dapat melonggarkan larangan pergerakan disebabkan penularan pandemik COVID-19 dan mampu kembali kepada aktiviti seharian yang normal.
Peningkatan itu juga disokong oleh perjanjian antara pengeluar utama seperti Arab Saudi untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah global.
Kenaikan harga minyak ini sudah semestinya menunjukkan sinar untuk industri minyak dan gas global dan tempatan. Lebih banyak projek dijangka dilaksanakan sekiranya harga minyak terus stabil dan menunjukkan peningkatan.
Artikel berkaitan: Projek oil & gas Malaysia tahun 2021
Beberapa kaunter berkaitan minyak dan gas tempatan seperti Sapura Energy, Velesto dan KNM antara kaunter yang paling aktif dalam urus niaga Bursa Malaysia harini.

Rujukan harga minyak:oil-price.net